Sunday, 26 August 2012

Arnab



Arnab atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Rabbit merupakan sejenis mamalia kecil yang comel. Nama saintifik arnab adalahOryctolagus spp.
Arnab adalah benda hidup dari alam haiwan filum kordata dalam kelas mamalia dalam order lagomorpha. Arnab adalah haiwan maun yang makanan utamanya adalah tumbuh-tumbuhan. Perbezaan antara arnab dengan tikus adalah arnab mempunyai gigi pemotong kedua (incisors) dibahagian rahang atas. Struktur tengkorak arnab lebih ringan, mempunyai lubang hidung berbentuk liang memanjang, dan ekor yang kontot dan bulat.
Arnab sering diburu oleh haiwan pemangsa atau maging, oleh itu arnab mempunyai kelebihan cepat membiak. Sebagai haiwan mamalia, arnab berdarah panas, membiak dengan melahirkan anak. Arnab menjaga dan menyusukan anak.
Arnab mempunyai telinga yang panjang yang bertindak sebagai penyisih haba, dan juga deria pendengaran yang kuat untuk membantu arnab mengesan musuh. Selain itu, untuk melarikan diri daripada haiwan pemangsa, arnab mampu bergerak laju dengan cara melompat. Arnab boleh di dapati di pelbagai kawasan dan iklim, dari kawasan tundrasuhu sederhanatropika, dan juga di kawasan gurun.



Jenis-Jenis Arnab

Arnab Lionhead

Arnab lion head merupakan antara baka arnab domestik yang terbaru dihasilkan walaupun belum dikenalpasti secara sah oleh American Rabbit Breeders' Association (ARBA) .  Arnab lion head mempunyai surai atau bulu panjang di belakang kepala yang dikenali sebagai "mane" sebagaimana singa jantan bersesuaian dengan namanya. Karektor lain bagi lion head termasuklah bentuk kepala yang bulat dan bersaiz kecil, biasanya 2.5 - 3.5 pound. Selain itu, telinganya agak pendek dan lebih tebal berbanding kebanyakan arnab jenis lain.
Arnab lion head berasal dari Belgium. Ia dilaporkan telah terhasil oleh kegiatan pembiak baka yang ingin menghasilkan arnab katik (dwarf) yang berbulu panjang melalui pembiakan silang antara Swiss Fox dan Belgian dwarf. Arnab lion head mendapat sambutan menggalakkan dan lebih popular daripada arnab katik berbulu panjang. Oleh itu pembiak baka memberi tumpuan lebih serius dalam menghasilkan arnab jenis ini.


Arnab Teddy Bear
Teddy Bear, sejenis arnab berbulu panjang, lebat dan lurus. Panjang bulunya sekitar 3-5 inci. Berat badan, maksimum 1-1.8 kg ketika matang. Arnab jenis ini merupakan arnab terlaris di Thailand berikutan harganya yang mampu dimiliki. Baka Teddy Bear terhasil dari kacukan arnab Lionhead dan Jerry Woody.
Arnab Holland Lop
Holland Lop adalah baka arnab yang berasal di Belanda. Baka telah diiktiraf oleh Belanda 'Pengelola Arnab Majlis pada tahun 1964 dan Amerika Arnab Persatuan Penternak' pada tahun 1979. Mereka adalah haiwan peliharaan rumah yang popular, terkenal dengan perangai manis mereka dan tingkah laku nonaggressive.
Arnab Ekor Kapas Timur
Arnab Ekor Kapas Timur atau nama Inggerisnya "Eastern cottontail" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Brachylagus floridanus
Arnab Jack Ekor Hitam
Arnab Jack Ekor Hitam atau nama Inggerisnya "Black-tailed Jackrabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Lepus californicus
Arnab Angora
Arnab Angora (Bahasa TurkiAnkara tavşanı) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropahmenjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.
Arnab Amami(Baby)
Arnab Amami atau nama Inggerisnya "Amami rabbit" dari keluarga Leporidae, nama sainsnya Pentalagus furnessi