Sunday, 2 September 2012

Makanan Arnab

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets:

Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tahan lama untuk jangkamasa yang panjang. Ini membantu arnab anda mengurangkan pembaziran dan meningkatkan pengambilan makanan dan penyerapan lebih nutrien. Pro Optimum kaya dengan fiber, ianya baik untuk sistem penghadaman dan kesihatan arnab. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets tidak mengandungi jagung, yang mana ini dapat mengurangkan risiko ketidakseimbangan sistem perkumuhan.Pro Optimum Rabbit Pellets mengandungi ekstrak Yucca dan mengurangkan bau busuk arnab anda.  Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi probiotik bakteria, enzim dan yis untuk sistem perkumuhan yang baik. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets juga mengandungi ekstrak betik,  yang mampu mengurangkan masalah ‘hair ball’. Pro Optimum Premium Rabbit Pellets mengandungi sumber mineral yang dapat meningkatkan sistem produksi, bulu dan pembentukan tulang.



Sayur Sayuran

Rumput2.sayuran & dedaun-kangkung, sawi, lobak, daun tembikai, biji sawi, kubis, daun ubi kayu, kacang panjang, daun keledek, daun kacang tanah, daun & batang jagung, daun betik etc
Makanan tersebut tidak boleh diberikan dalam bentuk segar (selepas dipetik daripada pokok), sebaliknya perlu dilayukan terlebih dahulu untuk mengurangkan kandungan air di dalamnya.
 Proses melayukan ini bukan sahaja dapat meningkatkan kandungan serat malah dapat menghilangkan getah atau racun yang boleh menyebabkan arnab mengalami kekejangan atau cirit -birit.
Seekor arnab memerlukan 1 kg sumber makanan hijau yang diperolehi daripada sisa sayuran atau dedaun.
Arnab pedaging secara genetiknya mempunyai saiz yang besar dan mampu menghabiskan sehingga 1.5 kg makanan setiap hari. Ini berikutan dengan kandungan air yang terkandung adalah 90% dan ia terlalu besar berbanding dengan sumber nutrien yang amat diperlukan oleh arnab.
Pemberian sayuran seperti kubis atau sisa sayuran yang berlebihan akan melawaskan air kencing arnab yang akan menyebabkan kekotoran dan bau yang kuat di kawasan penternakan.
 Keadaan ini akan menyebabkan serangan hama dan penyakit lebih mudah berlaku. Air kencing arnab mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi ( sesuai untuk dibuat baja tetapi perlu dicampur dengan air). Kandungan nitrogen yang diterangkan oleh bakteria akan meningkatkan kandungan gas ammonia yang berbau busuk di sekitar sangkar.Dalam penternakan secara intensif, sumber makanan pellet yang diperlukan ialah 60 ke 80% dan selebihnya adalah bahan konsentrat dan bahan hijau.